Saturday 1 September 2012

TANPA DISEDARI




Malaysia kini semakin maju dan makin megah dengan era pembangunannya. Pembangunan Malaysia yang pesat setaraf dengan pembangunan yang berlaku di mana-mana Negara yang membangun pada masa kini sebagai contoh Australia, Jepun, Eropah dan sebagainya lagi. Namun, tanpa kita sedari disebalik pembangunan yang berlaku ini ada ‘sesuatu’ yang terlindung disebaliknya. ‘Sesuatu’ yang aku masukkan disini adalah gerakan-gerakan Freemason/Iluminati ataupun keluarga Rothscild yang dalam diam telah menyerang masuk ke Malaysia secara senyap. Penulisan ini aku ambil dari beberapa Wikipedia dan beberapa sumber Internet yang telah aku ubah suaikan dengan menambah beberapa maklumat yang lain yang perlu kita ketahui agar kita tidak terlepas pandang hatta ‘sebesar kuman’ sekalipun. 
Percaya atau tidak gerakan ini semakin berleluasa di Malaysia, tapi inilah kenyataan yang berlaku sekarang ini. Unsur-unsur Freemason juga sudah banyak di Malaysia. Gerakan ini paling kuat pengaruhnya di Asia, tidak kiralah di Asia Barat mahupun Asia Timur. Apa yang mengecewakan kita, terdapat juga orang Melayu yang beragama Islam yang berpangkat tinggi dan berpelajaran turut terlibat dengan gerakan ini, Gerakan Dajjal al-Masih ini. Oleh disebabkan harta dan pangkat, mereka sanggup menggadai maruah diri dan menjual agama Islam mereka yang mulia ini. Terdapat 3 hadis Nabi s.a.w yang membicarakan tentang barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum adalah sama seperti kaum tersebut.

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”.
(HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.)

“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)”.
(HR Tirmidzi dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.)

“Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..”
(HR Tirmidzi.)



Terdapat beberapa cawangan Freemason di Malaysia yang beroperasi sebagai Lodge Besar Kepulauan timur (District Grand Lodges of the Eastern Archipelago ataupun lebih dikenali sebagai DGLEA dan bukannya District Grand Lodges of Middle East (DGLME)seperti yang diwar-warkan di dalam beberapa blog sebelum ini). DGLME secara rasmi bertapak di Malaysia yakni Kuala Lumpur pada 20 oktober 1916. Ia di panggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke 19, setiap yang berada di antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk. Namun cawangan ini tidak mahu mengubah namanya kerana sudah lama menggunakan nama tersebut dan cara tradisi mereka.Peredaran zaman semakin lama semakin canggih dan berteknologi. Sesuai dengan zaman teknologi pada masa kini dan maklumat berada di hujung jari, maka pelbagai maklumat dan fakta senang diperolehi. Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan kita semua telah dijumpai di beberapa buah Negara mengenai pembinaan bangunan dan struktur jalan yang berunsurkan Freemason, termasuklah di Malaysia. Di Malaysia terdapat beberapa tempat yang pembinaan bangunan dan struktur jalannya mempunyai unsur-unsur Freemason. Antaranya ialah Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM), Terengganu atau sekarang ini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terdapat satu lambang salib yang besar ditemui diatas bumbung bangunan perpustakaan tersebut.


Gambar tanda Salib di Bumbung Perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu






Pada ketika ini pandangan bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin telah kantoi dengan penyebaran gambar tersebut. Kini kita beralih kepada senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di Malaysia, pusat pemerintahan Negara yakni Putrajaya yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia rupa-rupanya terdapat satu rahsia yang mana senibinanya terdapat unsur-unsur Freemason iaitu bentuk mata (simbol kepada mata dajjal yang satu). Senibina ini juga sama seperti senibina yang terdapat di Vatican City.

Senibina Vatican City & Putrajaya (simbol mata )


Disebalik kebenaran senibina Alamanda, Putrajaya, Simbol Freemason / Iluminati.


Selain dari itu, di Malaysia juga terdapatnya dewan Lodge tempat bagi pengikut-pengikut ahli Freemason untuk berkumpul dan bermesyuarat. 14 buah Lodge Freemason yang terdapat di Malaysia, manakala di Thailand hanya 4 buah sahaja Lodge yang terdapat disana. Samada kita percaya ataupun tidak, inilah kenyataannya sekarang apa yang telah berlaku di Malaysia. Pada mesyuarat yang diadakan di Dewan Pulau Pinang Bangunan Perdagangan pada April ke-10 tahun 1875, ia telah memutuskan untuk membentuk Lodge Freemason di George Town. Pada 17 April 1875, satu petisyen yang meminta untuk Piagam Lodge di Pulau Pinang, dari yang terhormat Grand Master, HRH Albert Edward, Prince of Wales dan kemudian King Edward VII, telah dihantar melalui Timbalan Daerah serta-merta Lalu Grand Master, W. Bro. F. H. Gottlieb kepada RT. W. Bro. W. H. Baca, yang ketika itu di London. Lodge ini dipanggil ‘LODGE PULAU PINANG’.

Berikut adalah Dewan-dewan Lodge yang terdapat di Negara kita.

Dewan Freemason, 136 Jalan Utama, Penang
Dewan Freemason, 27 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Dewan Freemason, Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan

Dewan Freemason, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Malacca

Dewan Freemason, 100 Jalan Junid Muar, 84000 Johore

Dewan Freemason, Jalan Abu Bakar, Johor Bahru

Dewan Freemason, Sibuga Rd., 90000 Sandakan, Sabah

Dewan Freemason, 08000 Sungai Petani, Kedah

Dewan Freemason, No 15 Jalan 18/16, Taman Kanagapuram, 46000 Petaling Jaya, Selangor

U0078 Jalan Merdeka,Federal Territory of Labuan

Dewan Freemason, Kota Kinabalu, Sabah

Lodge di Tawau, Sabah tiada alamat.

Tiada Lodge di Kuantan, Pahang (Negeri Pahang), Kuching (Negeri Sarawak) tapi dipercayai ianya aktif di negeri-negeri tersebut.

Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang terbuka bagi memahami siapakah FREEMASON dan APA TUJUAN MEREKA MENYERANG UMAT ISLAM????
Dan APAKAH YANG PATUT KITA LAKUKAN BAGI MENCEGAH KEGIATAN INI DARI BERTERUSAN MENYERANG UMAT ISLAM AMNYA???
ADAKAH HANYA DENGAN MENDIAMKAN DIRI?? ATAU………. Sama-samalah kita fikirkan….