Saturday 21 April 2012

SiApAkaH ZUN NURAIN???


Gelaran bagi seorang Sahabat Rasulullah s.a.w yang akrab dengan Baginda. Dalam kelembutannya ada ketegasan. Kebijaksanaannya dalam ilmu perniagaan tiada tolok bandigannya. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak menjadikannya leka dan lalai dalam perjuangan. Keberaniannya demi Islam adalah lambang keteguhan imamnya kepada Allah dan Rasul.


Dirinya cukup mulia sehingga para malaikat juga berasa segan dan malu dengan peribadinya. Atas dasar ini, Rasulullah s.a.w selalu bersopan dengan kedatangan beliau dengan cara duduk dan bercakap dengannya. Rasulullah s.a.w tahu para malaikat juga begitu. Malu dan segan dengannya. Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata ini apabila ditanya oleh isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. tentang diri Sahabat yang agung ini, "Apakah tidak wajar aku segan dan malu kepada seorang yang malaikat sendiri pun segan dan malu kepadanya?"


Keistimewaannya bukan sekadar itu, bahkan beliau digelar Zun Nurain ( yang memiliki dua cahaya) lantaran dua puteri Rasulullah s.a.w menjadi penyeri hidupnya. Perkahwinan pertamanya dengan Ruqaiyah binti Muhammad s.a.w tidak berpanjangan. Ruqaiyah r.ha meninggal ketika Perang Badar berlaku.


Kesedihannya tidak berlagsung lama, Allah memuliakannya dengan menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w untuk mengahwinkannya dengan Ummu Kalthum binti Muhammad s.a.w. Tanpa berbasa-basi Rasulullah s.a.w dengan gembira mengahwinkannya dengan Ummu Kalthum r.ha.


Selepas kematian Ummu Kalthum, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu para Sahabat yang lain iaitu Baginda akan mengahwinkan kepada  Sahabatnya ini puterinya seandainya masih memiliki lagi anak perempuan.


Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al'As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a. Menjadi Khalifah Islam pada tahun 644 hingga 655 Masihi selama 12 tahun. Antara sepuluh orang Sahabat yang dijamin Syurga oleh Allah s.w.t. Satu-satunya manusia yang mengahwini dua orang puteri Nabi Allah s.w.t.


Raulullah s.a.w bersabda: " Aku tidak kahwinkan Uthman dengan Ummi Kalthum, melainkan dengan sebab arahan dari langit."
Sabda Rasulullah s.a.w yang lain: " Kahwinkan Uthman, sekirannya aku masih memiliki puteri yang ketiga, pasti aku kahwinkannya dengan Uthman, kerana aku tidak lahwinkannya dahulu, melainkan dengan sebab wahyu daripada Allah s.w.t."



Indahnya pekerti seseorang itu sehingga ia mendapat sanjungan dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w... Dan dijanjikan olehNya Syurga Yang Abadi.. Subhanallah..:):)

Thursday 19 April 2012


INDAHNYA MENJADI MAWAR BERDURI


                                                                     
                                                                          

Mawar..
Akalmu senipis belahan rambut..
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu..
Hatimu bak kaca yang rapuh..
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Mawar..
Tundukkanlah dirimu yang sopan itu dari lelaki muhrim..
Tidak lunak kata bicaramu melainkan buat suami tercinta..
Segan berkongsi cerita selain dari mereka yang halal buatmu..
Air matamu hanya untuk mereka yang menagisi mengenangkan
Dosa-dosa yang telah dilakukan pada Allah S.W.T


Lindungilah dirimu dari pandangan mata yang jahat..
Yang memandang pada wanita hanya pada nafsu semata-mata..
Yang mengambil kesempatan pada lembutnya dirimu..
Ketegasanmu terletak pada kuatnya pegangan imanmu..
 Kecerdikanmu terletak pada luasnya pengetahuan dalam dirimu..
Kesopananmu terletak pada tingginya akhlakmu..
Mawar..
Hiasilah dirimu dengan sebaik-baik hiasan..
Janganlah berlebihan dalam berhias..
Kerna ia adalah tabarruj…
Hiasilah wajahmu dengan wudhu’..
Kerna ia adalah sebaik-baik hiasan..
Sinarilah bibirmu dengan zikrullah...
Kerna ia adalah sebaik-baik gincu..
Sinarilah matamu denagn tangisan air mata keinsafan..
Kerna ia adalah sebaik-baik eyeliner..




Buat Mawar-mawar Mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah.. Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga, sekali wanita ternoda berdekah-dekahlah syaitan di Neraka.. Jagalah Maruahmu Wahai Mawar...:)