Saturday 21 April 2012

SiApAkaH ZUN NURAIN???


Gelaran bagi seorang Sahabat Rasulullah s.a.w yang akrab dengan Baginda. Dalam kelembutannya ada ketegasan. Kebijaksanaannya dalam ilmu perniagaan tiada tolok bandigannya. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak menjadikannya leka dan lalai dalam perjuangan. Keberaniannya demi Islam adalah lambang keteguhan imamnya kepada Allah dan Rasul.


Dirinya cukup mulia sehingga para malaikat juga berasa segan dan malu dengan peribadinya. Atas dasar ini, Rasulullah s.a.w selalu bersopan dengan kedatangan beliau dengan cara duduk dan bercakap dengannya. Rasulullah s.a.w tahu para malaikat juga begitu. Malu dan segan dengannya. Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata ini apabila ditanya oleh isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. tentang diri Sahabat yang agung ini, "Apakah tidak wajar aku segan dan malu kepada seorang yang malaikat sendiri pun segan dan malu kepadanya?"


Keistimewaannya bukan sekadar itu, bahkan beliau digelar Zun Nurain ( yang memiliki dua cahaya) lantaran dua puteri Rasulullah s.a.w menjadi penyeri hidupnya. Perkahwinan pertamanya dengan Ruqaiyah binti Muhammad s.a.w tidak berpanjangan. Ruqaiyah r.ha meninggal ketika Perang Badar berlaku.


Kesedihannya tidak berlagsung lama, Allah memuliakannya dengan menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w untuk mengahwinkannya dengan Ummu Kalthum binti Muhammad s.a.w. Tanpa berbasa-basi Rasulullah s.a.w dengan gembira mengahwinkannya dengan Ummu Kalthum r.ha.


Selepas kematian Ummu Kalthum, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu para Sahabat yang lain iaitu Baginda akan mengahwinkan kepada  Sahabatnya ini puterinya seandainya masih memiliki lagi anak perempuan.


Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al'As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a. Menjadi Khalifah Islam pada tahun 644 hingga 655 Masihi selama 12 tahun. Antara sepuluh orang Sahabat yang dijamin Syurga oleh Allah s.w.t. Satu-satunya manusia yang mengahwini dua orang puteri Nabi Allah s.w.t.


Raulullah s.a.w bersabda: " Aku tidak kahwinkan Uthman dengan Ummi Kalthum, melainkan dengan sebab arahan dari langit."
Sabda Rasulullah s.a.w yang lain: " Kahwinkan Uthman, sekirannya aku masih memiliki puteri yang ketiga, pasti aku kahwinkannya dengan Uthman, kerana aku tidak lahwinkannya dahulu, melainkan dengan sebab wahyu daripada Allah s.w.t."



Indahnya pekerti seseorang itu sehingga ia mendapat sanjungan dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w... Dan dijanjikan olehNya Syurga Yang Abadi.. Subhanallah..:):)

No comments:

Post a Comment