Thursday 6 September 2012

4 JeNiS MaNuSiA





Ada empat jenis manusia, iaitu :-


a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu

bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.

b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.


d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

Sunday 2 September 2012

PeNgEnAlaN Di PeJaBat AgAmA JajAhAn PaSiR Mas


Sepanjang duk praktikal di PAJ Pasir Mas ni mcm2 kenangan yang tersemat dalam fikiran ni..
ada kenangan yang duka, ada kenangan yang suka... hihihi..
ermm tapi yang pastinya banyak kenagan yang suka ler dari yang duka tuu....hihihih..
ramai mahasiswa/i dari IPTA/S yang pernah buat praktikal kat sini... salah satunya mahasiswa/i UniSZA laa..
batch kami seramai 11 orang yang buat praktikal kat sini,.. erm ramai kan...
haaaa.. nk tengok sape kah mereka itu...


ni la kami semua.. ramai kn???...
gambar ni kami ambil time penyelia u datang tengok kami semua....
tengok pa?? ermm.. tengok ler pa yang patut dia orang tengok..huhuhu..


haa.. ni plop diantara sebahagian staf PAJ PAsir Mas...
nk kenal x dia orang... ermm...
k... yang dduk 2 orang tu... dari kiri.. ustaz Asmal Azim (Pegawai Penguatkuasa) n sorg lagi Tuan Suratemi (Tuan Qadhi)..
yang berdiri plop... dari kiri...abg Aziz, pak Din, haji Din, abg Faizal, Ustaz Wea Muda n abg Hisham...
erm.. yang staff puang xsempat nk ambil gambar...huhuhu....
ermmm setakat tu dulu ler... xtaw nk tulis apa dh...hihihi...

Saturday 1 September 2012

TANPA DISEDARI




Malaysia kini semakin maju dan makin megah dengan era pembangunannya. Pembangunan Malaysia yang pesat setaraf dengan pembangunan yang berlaku di mana-mana Negara yang membangun pada masa kini sebagai contoh Australia, Jepun, Eropah dan sebagainya lagi. Namun, tanpa kita sedari disebalik pembangunan yang berlaku ini ada ‘sesuatu’ yang terlindung disebaliknya. ‘Sesuatu’ yang aku masukkan disini adalah gerakan-gerakan Freemason/Iluminati ataupun keluarga Rothscild yang dalam diam telah menyerang masuk ke Malaysia secara senyap. Penulisan ini aku ambil dari beberapa Wikipedia dan beberapa sumber Internet yang telah aku ubah suaikan dengan menambah beberapa maklumat yang lain yang perlu kita ketahui agar kita tidak terlepas pandang hatta ‘sebesar kuman’ sekalipun. 
Percaya atau tidak gerakan ini semakin berleluasa di Malaysia, tapi inilah kenyataan yang berlaku sekarang ini. Unsur-unsur Freemason juga sudah banyak di Malaysia. Gerakan ini paling kuat pengaruhnya di Asia, tidak kiralah di Asia Barat mahupun Asia Timur. Apa yang mengecewakan kita, terdapat juga orang Melayu yang beragama Islam yang berpangkat tinggi dan berpelajaran turut terlibat dengan gerakan ini, Gerakan Dajjal al-Masih ini. Oleh disebabkan harta dan pangkat, mereka sanggup menggadai maruah diri dan menjual agama Islam mereka yang mulia ini. Terdapat 3 hadis Nabi s.a.w yang membicarakan tentang barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum adalah sama seperti kaum tersebut.

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”.
(HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.)

“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)”.
(HR Tirmidzi dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.)

“Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..”
(HR Tirmidzi.)



Terdapat beberapa cawangan Freemason di Malaysia yang beroperasi sebagai Lodge Besar Kepulauan timur (District Grand Lodges of the Eastern Archipelago ataupun lebih dikenali sebagai DGLEA dan bukannya District Grand Lodges of Middle East (DGLME)seperti yang diwar-warkan di dalam beberapa blog sebelum ini). DGLME secara rasmi bertapak di Malaysia yakni Kuala Lumpur pada 20 oktober 1916. Ia di panggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke 19, setiap yang berada di antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk. Namun cawangan ini tidak mahu mengubah namanya kerana sudah lama menggunakan nama tersebut dan cara tradisi mereka.Peredaran zaman semakin lama semakin canggih dan berteknologi. Sesuai dengan zaman teknologi pada masa kini dan maklumat berada di hujung jari, maka pelbagai maklumat dan fakta senang diperolehi. Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan kita semua telah dijumpai di beberapa buah Negara mengenai pembinaan bangunan dan struktur jalan yang berunsurkan Freemason, termasuklah di Malaysia. Di Malaysia terdapat beberapa tempat yang pembinaan bangunan dan struktur jalannya mempunyai unsur-unsur Freemason. Antaranya ialah Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM), Terengganu atau sekarang ini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terdapat satu lambang salib yang besar ditemui diatas bumbung bangunan perpustakaan tersebut.


Gambar tanda Salib di Bumbung Perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu






Pada ketika ini pandangan bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin telah kantoi dengan penyebaran gambar tersebut. Kini kita beralih kepada senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di Malaysia, pusat pemerintahan Negara yakni Putrajaya yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia rupa-rupanya terdapat satu rahsia yang mana senibinanya terdapat unsur-unsur Freemason iaitu bentuk mata (simbol kepada mata dajjal yang satu). Senibina ini juga sama seperti senibina yang terdapat di Vatican City.

Senibina Vatican City & Putrajaya (simbol mata )


Disebalik kebenaran senibina Alamanda, Putrajaya, Simbol Freemason / Iluminati.


Selain dari itu, di Malaysia juga terdapatnya dewan Lodge tempat bagi pengikut-pengikut ahli Freemason untuk berkumpul dan bermesyuarat. 14 buah Lodge Freemason yang terdapat di Malaysia, manakala di Thailand hanya 4 buah sahaja Lodge yang terdapat disana. Samada kita percaya ataupun tidak, inilah kenyataannya sekarang apa yang telah berlaku di Malaysia. Pada mesyuarat yang diadakan di Dewan Pulau Pinang Bangunan Perdagangan pada April ke-10 tahun 1875, ia telah memutuskan untuk membentuk Lodge Freemason di George Town. Pada 17 April 1875, satu petisyen yang meminta untuk Piagam Lodge di Pulau Pinang, dari yang terhormat Grand Master, HRH Albert Edward, Prince of Wales dan kemudian King Edward VII, telah dihantar melalui Timbalan Daerah serta-merta Lalu Grand Master, W. Bro. F. H. Gottlieb kepada RT. W. Bro. W. H. Baca, yang ketika itu di London. Lodge ini dipanggil ‘LODGE PULAU PINANG’.

Berikut adalah Dewan-dewan Lodge yang terdapat di Negara kita.

Dewan Freemason, 136 Jalan Utama, Penang
Dewan Freemason, 27 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Dewan Freemason, Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan

Dewan Freemason, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Malacca

Dewan Freemason, 100 Jalan Junid Muar, 84000 Johore

Dewan Freemason, Jalan Abu Bakar, Johor Bahru

Dewan Freemason, Sibuga Rd., 90000 Sandakan, Sabah

Dewan Freemason, 08000 Sungai Petani, Kedah

Dewan Freemason, No 15 Jalan 18/16, Taman Kanagapuram, 46000 Petaling Jaya, Selangor

U0078 Jalan Merdeka,Federal Territory of Labuan

Dewan Freemason, Kota Kinabalu, Sabah

Lodge di Tawau, Sabah tiada alamat.

Tiada Lodge di Kuantan, Pahang (Negeri Pahang), Kuching (Negeri Sarawak) tapi dipercayai ianya aktif di negeri-negeri tersebut.

Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang terbuka bagi memahami siapakah FREEMASON dan APA TUJUAN MEREKA MENYERANG UMAT ISLAM????
Dan APAKAH YANG PATUT KITA LAKUKAN BAGI MENCEGAH KEGIATAN INI DARI BERTERUSAN MENYERANG UMAT ISLAM AMNYA???
ADAKAH HANYA DENGAN MENDIAMKAN DIRI?? ATAU………. Sama-samalah kita fikirkan….

Tuesday 28 August 2012

SiMPLe TapI KeKaL..


CINTA TENTANG KAHWIN ZAMAN SEKARANG....


Orang zaman sekarang ni buat majlis kahwin bukan main lagi... meriah giler... buat besar-besaran... habis berjuta-juta... buat dekat hotel sampai habis bintang... buat pinjaman sampai beribu-ribu.... tapi tak kekal lama.. ermmm.. nasib ler punya badan..... lebih baik tiru macam orang dulu-dulu... buat majlis biasa-biasa je... xda meriah sangat... buat majlis sederhana j... tak habis sampai berjuta-berjuta... buat dekat masjid je... tak buat pinjaman... tapi kekal sampai ke sekarang... kekal sampai k akhir hayat pun ada.... ermmmmm.... bagus kan....

# Kesimpulannya# BIARMAJLISSIMPLETAPIKEKALSAMPAIKEAKHIRHAYAT#... <3.... tu baru betul......:)


Saturday 21 April 2012

SiApAkaH ZUN NURAIN???


Gelaran bagi seorang Sahabat Rasulullah s.a.w yang akrab dengan Baginda. Dalam kelembutannya ada ketegasan. Kebijaksanaannya dalam ilmu perniagaan tiada tolok bandigannya. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak menjadikannya leka dan lalai dalam perjuangan. Keberaniannya demi Islam adalah lambang keteguhan imamnya kepada Allah dan Rasul.


Dirinya cukup mulia sehingga para malaikat juga berasa segan dan malu dengan peribadinya. Atas dasar ini, Rasulullah s.a.w selalu bersopan dengan kedatangan beliau dengan cara duduk dan bercakap dengannya. Rasulullah s.a.w tahu para malaikat juga begitu. Malu dan segan dengannya. Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata ini apabila ditanya oleh isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. tentang diri Sahabat yang agung ini, "Apakah tidak wajar aku segan dan malu kepada seorang yang malaikat sendiri pun segan dan malu kepadanya?"


Keistimewaannya bukan sekadar itu, bahkan beliau digelar Zun Nurain ( yang memiliki dua cahaya) lantaran dua puteri Rasulullah s.a.w menjadi penyeri hidupnya. Perkahwinan pertamanya dengan Ruqaiyah binti Muhammad s.a.w tidak berpanjangan. Ruqaiyah r.ha meninggal ketika Perang Badar berlaku.


Kesedihannya tidak berlagsung lama, Allah memuliakannya dengan menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w untuk mengahwinkannya dengan Ummu Kalthum binti Muhammad s.a.w. Tanpa berbasa-basi Rasulullah s.a.w dengan gembira mengahwinkannya dengan Ummu Kalthum r.ha.


Selepas kematian Ummu Kalthum, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu para Sahabat yang lain iaitu Baginda akan mengahwinkan kepada  Sahabatnya ini puterinya seandainya masih memiliki lagi anak perempuan.


Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al'As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a. Menjadi Khalifah Islam pada tahun 644 hingga 655 Masihi selama 12 tahun. Antara sepuluh orang Sahabat yang dijamin Syurga oleh Allah s.w.t. Satu-satunya manusia yang mengahwini dua orang puteri Nabi Allah s.w.t.


Raulullah s.a.w bersabda: " Aku tidak kahwinkan Uthman dengan Ummi Kalthum, melainkan dengan sebab arahan dari langit."
Sabda Rasulullah s.a.w yang lain: " Kahwinkan Uthman, sekirannya aku masih memiliki puteri yang ketiga, pasti aku kahwinkannya dengan Uthman, kerana aku tidak lahwinkannya dahulu, melainkan dengan sebab wahyu daripada Allah s.w.t."



Indahnya pekerti seseorang itu sehingga ia mendapat sanjungan dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w... Dan dijanjikan olehNya Syurga Yang Abadi.. Subhanallah..:):)

Thursday 19 April 2012


INDAHNYA MENJADI MAWAR BERDURI


                                                                     
                                                                          

Mawar..
Akalmu senipis belahan rambut..
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu..
Hatimu bak kaca yang rapuh..
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Mawar..
Tundukkanlah dirimu yang sopan itu dari lelaki muhrim..
Tidak lunak kata bicaramu melainkan buat suami tercinta..
Segan berkongsi cerita selain dari mereka yang halal buatmu..
Air matamu hanya untuk mereka yang menagisi mengenangkan
Dosa-dosa yang telah dilakukan pada Allah S.W.T


Lindungilah dirimu dari pandangan mata yang jahat..
Yang memandang pada wanita hanya pada nafsu semata-mata..
Yang mengambil kesempatan pada lembutnya dirimu..
Ketegasanmu terletak pada kuatnya pegangan imanmu..
 Kecerdikanmu terletak pada luasnya pengetahuan dalam dirimu..
Kesopananmu terletak pada tingginya akhlakmu..
Mawar..
Hiasilah dirimu dengan sebaik-baik hiasan..
Janganlah berlebihan dalam berhias..
Kerna ia adalah tabarruj…
Hiasilah wajahmu dengan wudhu’..
Kerna ia adalah sebaik-baik hiasan..
Sinarilah bibirmu dengan zikrullah...
Kerna ia adalah sebaik-baik gincu..
Sinarilah matamu denagn tangisan air mata keinsafan..
Kerna ia adalah sebaik-baik eyeliner..




Buat Mawar-mawar Mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah.. Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga, sekali wanita ternoda berdekah-dekahlah syaitan di Neraka.. Jagalah Maruahmu Wahai Mawar...:)